Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Membaca riwayat
Ada tersebut ayat
Bahawa di syurga nanti ada Penghulunya
Penghulu wanita penghuni syurga 4 orang semuanya
Merekalah Maryam, Fatimah, Khadijah dan Asiah
Yang bukan sedikit kisah dan sejarah
Terlalu mulia tiada yang sanggah.
Wahai Ibu Maryam
Mengandung anak tanpa bapa
Ujian Allah untuk imannya
Tanpa lemas dengan hina cerca
Bayi dikendong bersuara bercerita
Menghapus segala cela
Surah Maryam mencatat berita
Betapa jujur si puteri mulia.
Wahai Ibu Fatimah
Belahan jiwa Rasulullah..
Menikahi Ali, hidupmu tak mudah
Tetap terasa susah dan payah
Tidak dipayungi mahligai mewah
Namun hatimu penuh sa’adah
Kerana kau puteri sang kekasih Allah
Akhlakmu luhur penuh berhemah.
Wahai Ibu Khadijah..
Betapa kau kujadikan pedoman
Taat pada suami tanpa bantahan
Senangmu menjadi taruhan
Ke jalan jihad hartamu kau 'infakkan
Tanpa gundah tiada sesalan
Yakin pada utusan Tuhan
Muhammad suamimu Rasul pilihan
Dalam pelukanmu baginda lepaskan
Resah gelisah juga ketakutan
Mendengar Jibrail mengalun kalam Quran
Yang kemudiannya Baginda beriman
Dengan patuh engkau turutkan
Meski diancam pelbagai cemuhan
Ketaatanmu ku ambil teladan..
Wahai Ibu Asiah
Di istana Fir’aun kaulah Permaisuri
Bersemayammu di tempat tinggi
Dengan Musa hatimu terpikat
Lalu dijadikan anak angkat
Dan kisah Masyitah si tukang sikat
Imannya tidak dibuat-buat
Meyakinkanmu tekad membulat
Meski tangan kakimu 4 penjuru diikat.
Surah At-Tahrim ada menceritakan
Tentang doamu kepada Tuhan
Memohon agar diperlihatkan
Rumah di syurga yang telah dijanjikan
Lantas Allah membuka hijab
Mendongak ke langit, matamu menatap
Syukur girang riamu terucap
Dikata gila dek Fir'aun durjana
Dihempap batu oleh sang tentera
Pada jasadmu yang tidak lagi bernyawa
Kerana rohmu telah di angkat
Dengan kemuliaan bertingkat darjat.
Aduhai wanita syurga
Sungguh benar kalian istimewa
Terlalu ulung terlalu sempurna
Sanjungan segenap bidadari dunia
Ku mohon bisa bertemu di SANA....
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
.