Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Ada saratan mutiara jiwa
juga gerombolan kudis tersisa
yang berebut-rebut mencuri ruang
untuk menghambur terbang
meninggalkan hati biar tenang
tidak mahu lagi terawang tanpa tuju
berlagunya hanya di khayalan nafsu
sekadar bermain lirik lara hati
juga bersyair tanpa pemerhati
tersimpan karat segala bakat
bukankah itu kufur nikmat?
Maka beranikan menyulam janji
untuk materi genre puisi
setiap kata menjadi kalimah
setiap nada menjadi amanah
selagi mampu suara didengar
selagi daya menaip sinar
jangan ditanya untuk siapa
usah disoal kepada pembaca
garapan ini luahan minda
yang mencakna selautan rasa
Di sini tiada bersila bahasa
sekadar kanvas bertinta
cukuplah untuk dendangan sukma
Katanya.. alunan itu akan bermula
Katanya.. untuk menyampai cerita
Katanya.. coretan tanpa istilah
Katanya.. Madah Berwadah Kisah!.
Subhanalah Alhamdulillah La illa ha illallah Allahu Akhbar
Segala Puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam..
Selawat dan Salam Buat Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wassalam.
.