Monday, May 14, 2012

Puisi 11 : Mak garang kerana sayang!.

Mak garang kerana sayang!.

Ya, mak sangat garang..
Cubit, jentik, pulas, tampar, sebat
Mana yang tak pernah mak buat
Pada aku yang tak pernah nak taat
Asyik memberontak tak makan nasihat..

Teringat nostalgia zaman kecil juga remaja
Bila minta duit lebih nak beli benda
Selalu mak jegilkan biji mata
Maksud tersiratnya – “TOK SAH NAK MENGADA-NGADA”!.

Bila tak dapat yang aku minta
Mula aku tarik muka
Muncung 14 sehasta masam mencuka
Tak bercakap tak bertegur sapa
Sanggup tak makan semeja
Konon nak tunjuk ‘terror’
Dalam hati menagih manja..

Aku sering meminta yang bukan keperluan
Tapi mak tak pernah nak layan
Walau aku melalak meneran-neran
Mak ‘relax’ macam tak ada perasaan
Dan aku akan merajuk berdendam perasaan
Terus masuk bilik bentak kaki masa berjalan

Selalunya selang beberapa hari
Lepas peristiwa merajuk diri
Baru mak beli apa yang dihajati
Automatik aku terlupa sakit hati
Sebab mak bagi dengan penuh kasih sejati
Dan peluk cium setulus naluri

Kasih mak bukan pada barang dan harta
Tiada terbayar walau aku letak tunai sejuta
Susunya sahaja, tak terkira nilainya
Apatah lagi nak balas jasa
Selama membesarkan aku hingga dewasa..

Kasih mak membawa ke syurga
Hanya Allah yang mampu membalasnya
Maka itu aku sentiasa berdoa
Moga Allah memberi kurnia dan redha
Pada bonda yang tercinta
Di Syurga Firdaus destinasi abadinya..

Ya, mak aku memang garang,
Namun, garang itulah yang menjadikan aku orang!.



Selamat hari Ibu kepada mak yang tersayang..