Monday, May 14, 2012

Puisi 11 : Mak garang kerana sayang!.

Mak garang kerana sayang!.

Ya, mak sangat garang..
Cubit, jentik, pulas, tampar, sebat
Mana yang tak pernah mak buat
Pada aku yang tak pernah nak taat
Asyik memberontak tak makan nasihat..

Teringat nostalgia zaman kecil juga remaja
Bila minta duit lebih nak beli benda
Selalu mak jegilkan biji mata
Maksud tersiratnya – “TOK SAH NAK MENGADA-NGADA”!.

Bila tak dapat yang aku minta
Mula aku tarik muka
Muncung 14 sehasta masam mencuka
Tak bercakap tak bertegur sapa
Sanggup tak makan semeja
Konon nak tunjuk ‘terror’
Dalam hati menagih manja..

Aku sering meminta yang bukan keperluan
Tapi mak tak pernah nak layan
Walau aku melalak meneran-neran
Mak ‘relax’ macam tak ada perasaan
Dan aku akan merajuk berdendam perasaan
Terus masuk bilik bentak kaki masa berjalan

Selalunya selang beberapa hari
Lepas peristiwa merajuk diri
Baru mak beli apa yang dihajati
Automatik aku terlupa sakit hati
Sebab mak bagi dengan penuh kasih sejati
Dan peluk cium setulus naluri

Kasih mak bukan pada barang dan harta
Tiada terbayar walau aku letak tunai sejuta
Susunya sahaja, tak terkira nilainya
Apatah lagi nak balas jasa
Selama membesarkan aku hingga dewasa..

Kasih mak membawa ke syurga
Hanya Allah yang mampu membalasnya
Maka itu aku sentiasa berdoa
Moga Allah memberi kurnia dan redha
Pada bonda yang tercinta
Di Syurga Firdaus destinasi abadinya..

Ya, mak aku memang garang,
Namun, garang itulah yang menjadikan aku orang!.



Selamat hari Ibu kepada mak yang tersayang..

Wednesday, February 29, 2012

Puisi 10 : Wahai engkau gadis Muslimah.

Dengan Nama Allahyang maha Penagsih Lagi Maha Penyayang..


Wahai engkau gadis muslimah
Longgarkan pakaianmu
Labuhkan kerudungmu
Jaga solatmu, jaga auratmu, jaga kemaluanmu
Jaga pandanganmu dan tingkah laku
Jaga maruahmu, jaga harga dirimu
Jangan mudah dipujuk dirayu
Jangan termakan janji palsu
Jangan hanyut, usah tertipu
Jangan digadai maruah daramu

Wahai engkau gadis muslimah
Kuatkan jiwa teguhkan takwa tingkatkan iman
Berwaspadalah dengan mainan syaitan
Menawan, tertawan dan ditawan, itulah godaan dan ujian
Gariskan sempadan, kentalkan jiwa
Agar terjaga yang patut terbela
Agar terpelihara yang perlu disimpan ketara
Agar kesucianmu tidak dicela

Wahai engkau gadis muslimah
Nilai dirimu teramat tinggi
Haramkan digauli lelaki ajnabi
Hanya sah untuk sang suami
Yang dengannya kau kan menjadi ketua bidadari
Dan bisa mengetuk pintu syurga Firdausi

Wahai engkau gadis muslimah
Jangan jadi perempuan murah
Jangan gadai diri dan maruah
Pada satu nilai yang rendah
Atas nama cinta yang memberi padah
Kerana cintamu hanya kerana Allah!.

Wahai engkau gadis muslimah
Teruslah beristiqamah
Hindarkan diri dari musibah
Jangan biar imanmu goyah
Jangan terhanyut dek nafsu serakah
Meski ejekan melimpah ruah
Tenang hadapi dengan tabah
Kerana engkau adalah seorang GADIS MUSLIMAH!.



La illaha illa anta subhanaka inni, kuntu minadzaalimiin.

Friday, January 27, 2012

Monolog 7 : Cemburukan kalian!..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Segala pujian hanya bagi Allah, Pentadbir sejagat raya.


Allahu Akhbar!.

Hatiku berkata :

Seronoknya hidup dia hari ini.. doanya didengar Allah.. hari-harinya indah.. hatinya sangat dekat dengan Allah.. Ya Rabb.. jauh di sudut hati kecilku.. AKU CEMBURU kepada mereka wahai Allah.. bukan cemburu yang menjentik dengki!.. TIDAK ALLAH.. TIDAK!!.. Tidak sekelumit hama pun aku berasa dengki pada mereka.. malah cemburuku itu tanda aku bersyukur di atas pemberian-Mu kepada mereka..
Aku yakin Allah.. ada amalan mereka yang amat Kau senangi.. hingga Kau memilih mereka untuk menghuni Bumi Anbiya itu.. Pasti ada doa mereka yang sangat Kau berkenan lantas Kau perkenankan.. maka Kau permudahkan langkah mereka menjejak Tanah idaman berjuta umat Muhammad..

Allah.. palitan cemburuku ini sedikit sebanyak menguatkan azamku untuk turut dipilih oleh-Mu untuk berada di sana.. mencari ilmu dan andai ada izin-Mu, turut menyumbang ilmu, budi dan bakti..

Ya Rabb.. aku sedar akan kekurangan diriku.. Namun aku yakin akan kebesaran diri-Mu Allah.. KUN FA YA KUN kata-Mu, maka siapa yang mampu menidakkannya?.. Tiada yang mustahil dengan izin dan redha-Mu Allah...

Walau apa jua, membaca rentetan hidup dan kisah mereka, meski cemburu adakalanya mercik secara tiba-tiba namun tetap aku mendoakan kesejahteraan mereka agar travelog catatan mereka itu kelak menjadi syafaat kepada mereka kerana menjentik cemburu di hati insan sepertiku untuk terus memohon memunajat pada-Mu agar diberi kelapangan, ruang dan peluang dengan apa jua cara untuk ke sana.. dan moga Kau jadikan kesudahannya satu kebaikan dan kebenaran..

Prof. Dr. Muhd Kamil dan Puan Raudhah.. Moga catatan diari kalian itu akan memberi syafaat kepada kalian di hadapan Allah kelak.. dan aku redha andai kalian meminta (sekiranya aku layak diminta) syafaat itu di atas ilmu dan harapan yang kalian tinggalkan kepadaku di atas catatan travelog kalian itu!... BENAR!!... Travelog kalian membuatkan aku sering gelisah.. resah kerana merindui dan menyintai serta mengintai hari-hari yang memungkinkan aku menjejak bumi suci tanah para Anbiya' itu.. serta menghitung ganajaran pahala yang memungkinkan Allah mengizinkan aku memiliki sebuah rumah di syurga Firdaus-Nya kelak.. bersama Penghulu sekalian umat yakni Baginda Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam serta penghulu para wanita syurga Khadijah, Fatimah, Asiah dan Ibu Maryam.. Subhanallah..

Ya Rabb.. pilihlah aku untuk mendiami syurga Firdaus-Mu.. bersama Baginda Rasul memberi dan menyambut salam-Mu saban hari.. Moga Allah izinkan.. moga Allah perkenankan.. Ameen.. ameen.. ameen..

(Ya, amalanku masih banyak rompong dan lopongnya.. namun aku sangat percaya sepenuh jiwa, bahawa doa adalah jalan yang menghubungkan aku dengan arasy Allah.. dan aku yakin Allah sentiasa dekat denganku.. lebih dekat dari urat nadiku sendiri.. Allah mendengar permohonan doa makhluknya - TANPA BATAS!.. Lalu, mengapa aku perlu membataskan doaku?.. Adakah aku perlu menunggu sehingga aku benar-benar menjadi orang yang solehah, yang tinggi tingkat iman dan takwa, maka barulah aku boleh meminta untuk ke syurga-Nya????.. MAMPUKAH KITA MENGUKUR TINGKAT IMAN DAN TAKWA KITA??.. TAHUKAH KITA BILA KITA SUDAH CUKUP SOLEH / SOLEHAH???... ITU ADALAH HAK DAN RAHSIA ALLAH.. Bukan manusia kerdil seperti aku utk menilainya.. lalu aku pulangkan kembali segala rasa kepada Allah.. dengan doa.. dengan penuh pengharapan agar Allah yang Maha Mendengar dan Maha Menerima Taubat hamba-Nya itu akan mengangkat doaku, dan memakbulkannya.. AMEEN!.)




La Hau La wala Qu wata illa billah.

.