Tuesday, May 31, 2016

Puisi: Madah Cinta 1


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Cinta,
Bisa mengubah bata menjadi kota
Menggubah kata menjadi cerita
Mengalir lara di sungai ceria.
.
Cinta,
Padanya ada segala
Pengharapan, keyakinan dan impian
Untuk melakukan apa sahaja
dan memungkinkan yang luar biasa.
.



.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahu Akhbar.
La hau la wa la qu wata illa billah.
Salam takzim,
-KakTiny-



Sunday, February 21, 2016

Doa... dan terus berdoa.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Terus berdoa.
Kerana Tuhan mahu kita lakukannya.
.
Tuhan kata,
"Mintalah kepada-Ku, nescaya Aku kabulkan."
.

HAK hamba, untuk meminta dengan berdoa.
HAK Tuhan, untuk memakbulkan doa.

Kita buar kerja kita, biar Tuhan buat kerja-Nya.
.
.
La hau la wala qu wata illa billah.

Salam takzim,
KakTiny

Guru dan ilmu


BismillahirRahmaanirRahiim.

Guru dan ilmu itu, adalah cahaya adalah penyuluh jiwa yang gelita.
.



La hau la wa la qu wata illa billah.

Salam takzim,
KakTiny

Friday, June 26, 2015

Terowong Kehidupan



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

H.A.I.K.U.





Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.
Hati yang tenang, akan kembali kepada Tuhan, dengan redha lagi diredhai-Nya.

Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahu Akhbar.

La hau la wa la qu wata illa billah.

Salam takzim,
-KakTiny-

Friday, January 23, 2015

Hati-hati Menjaga Hati

Bismillah.

Hati.
Adalah anggota terbaik dalam diri manusia.
Hati juga, adalah anggota terburuk dalam hati manusia.

Nilainya terletak kepada bagaimana manusia itu sendiri
menjaga dan memainkan peranan hatinya.

.
.
.
.

Ingati Allah dengan zikrullah, hati akan tenang.
Semoga dapat kembali mengadap Tuhan, dengan lapang.
.
.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahu Akhbar Kabira.


.
-KakTiny-
.


Wednesday, January 21, 2015

Musibah atau Anugerah

Bismillah.

Musibah atau anugerah ~ kedua-duanya adalah ujian Allah - kepada hati para hamba.
.





Allahummasolli ala Muhammad
Waala alihi wasahbihi wabarik wasallim.

-KakTiny-
.

Monday, May 14, 2012

Puisi 11 : Mak garang kerana sayang!.

Mak garang kerana sayang!.

Ya, mak sangat garang..
Cubit, jentik, pulas, tampar, sebat
Mana yang tak pernah mak buat
Pada aku yang tak pernah nak taat
Asyik memberontak tak makan nasihat..

Teringat nostalgia zaman kecil juga remaja
Bila minta duit lebih nak beli benda
Selalu mak jegilkan biji mata
Maksud tersiratnya – “TOK SAH NAK MENGADA-NGADA”!.

Bila tak dapat yang aku minta
Mula aku tarik muka
Muncung 14 sehasta masam mencuka
Tak bercakap tak bertegur sapa
Sanggup tak makan semeja
Konon nak tunjuk ‘terror’
Dalam hati menagih manja..

Aku sering meminta yang bukan keperluan
Tapi mak tak pernah nak layan
Walau aku melalak meneran-neran
Mak ‘relax’ macam tak ada perasaan
Dan aku akan merajuk berdendam perasaan
Terus masuk bilik bentak kaki masa berjalan

Selalunya selang beberapa hari
Lepas peristiwa merajuk diri
Baru mak beli apa yang dihajati
Automatik aku terlupa sakit hati
Sebab mak bagi dengan penuh kasih sejati
Dan peluk cium setulus naluri

Kasih mak bukan pada barang dan harta
Tiada terbayar walau aku letak tunai sejuta
Susunya sahaja, tak terkira nilainya
Apatah lagi nak balas jasa
Selama membesarkan aku hingga dewasa..

Kasih mak membawa ke syurga
Hanya Allah yang mampu membalasnya
Maka itu aku sentiasa berdoa
Moga Allah memberi kurnia dan redha
Pada bonda yang tercinta
Di Syurga Firdaus destinasi abadinya..

Ya, mak aku memang garang,
Namun, garang itulah yang menjadikan aku orang!.



Selamat hari Ibu kepada mak yang tersayang..